Friday, 27 January 2017

Pengenalan NILAM secara Umum

 LATAR BELAKANG

Program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan membaca merupakan satu program aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ia merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (peringkat pengurusan) melalui aktivtiti-aktiviti galakan membaca di sekolah (praktikal). Program ini dijalankan secara berterusan sepanjang tahun sehingga murid-murid tamat persekolahan. Bagi tujuan ini, pendekatan paksaan yang digunapakai bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu di Sekolah Menengah dan Peralihan Menengah secara rasminya pada tahun 1999. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 12 Mei 1998; Pelaksanaan Program Nilam yang mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program Nilam. Langkah pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah juga diperkukuhkan lagi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah.


MISI

Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup

VISI

1.    Meningkatkan minat membaca yang berterusan
2.    Memperbanyakkan bahan yang sesuai dengan tahap perkembangan murid
3.    Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan
4.    Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembacaan yang berkualiti
5.    Mewujudkan persekitaran kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah
6.    Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan dan pertubuhan sukarela


 MASA PELAKSANAAN

1.    Peruntukan satu/ dua waktu dalam Jadual Penggunaan Perpustakaan Program  Nilam
2.    Sebelum waktu perhimpunan
3.    5 minit pada awal waktu pengajaran
4.    Waktu senggang seperti waktu rehat di sekolah dan masa lapang di rumah

BAHAN BACAAN

Bahan bacaan terdiri daripada buku-buku fiksyen, bukan fiksyen dan karya besar, manakala jurnal, akhbar, majalah, bahan internet dan risalah diterima sebagai bahan bacaan tambahan.

SUMBER BACAAN

1.    Perpustakaan/ Pusat Sumber Sekolah
2.    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
3.    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Cawangan/ Daerah
4.    Perpustakaan Bergerak
5.    Perpustakaan Desa
6.    Perpustakaan Masjid
7.    Perpustakaan FELDA/ KEMAS
8.    Perpustakaan persendirian
9.    Bahan daripada rakan
10.  Bahan koleksi sendiri
11.  Kedai buku          



TAHAP PENCAPAIAN NILAM
1.    Tahap Jauhari

Tahap pertama ini bertujuan membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat. Semua murid kecuali murid pemulihan diwajibkan mengikuti aktiviti pembacaan tahap ini.

Pencapaian murid dinilai berdasarkan jumlah buku yang telah dibaca;

GANJARAN
BILANGAN BACAAN
Gangsa
90 hingga 179
Perak
180 hingga 269
Emas
270 hingga 359
Nilam
360 ke atas












2.    Tahap Rakan Pembaca                               

Murid yang telah membaca sejumlah 100 buah buku layak memasuki Tahap Rakan Pembaca. Peringkat ini menekankan kebolehan murid tersebut membimbing dan menarik minat orang lain untuk minat membaca.
           
Bagi tahap ini, murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti Rakan Pembaca seperti meminjamkan buku, bercerita, membaca bersama, ulasan buku dan lakonan bersama rakan, ahli keluarga dan jiran.


Setiap aktiviti diberi markah berdasarkan Jadual Sistem Ganjaran RP;

AKTIVITI
MARKAH
Meminjamkan buku
1 sesi X jumlah peminjam
(1 markah)
Bercerita
1 sesi X jumlah pendengar
(maksimum 5 markah)
Membaca bersama
1 sesi X jumlah pembaca
(maksimum 5 markah)
Ulasan/ bicara buku
1 sesi X jumlah pendengar
(maksimum 5 markah)
Syarahan/ pidato
1 sesi X jumlah pendengar
(maksimum 5 markah)
Forum
1 sesi X jumlah pendengar
(maksimum 5 markah)
Berpuisi
1 sesi X jumlah pendengar
(maksimum 5 markah)
Lakonan/ skesta
1 sesi X jumlah penonton
(maksimum 5 markah)
Melukis/ aktiviti seni
1 sesi X jumlah penonton
(maksimum 5 markah)
Buku skrap
1 sesi X jumlah penonton
(maksimum 5 markah)

Pencapaian murid dinilai berdasarkan jumlah markah bagi setiap aktiviti yang dijalankan;

GANJARAN
MARKAH
Gangsa
100 hingga 199
Perak
200 hingga 299
Emas
300 hingga 399
Nilam
400 ke atas













 











No comments:

Post a Comment