LATAR BELAKANG
Program NILAM iaitu
Nadi Ilmu Amalan membaca merupakan satu program aktiviti galakan membaca yang
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ia merangkumi
rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (peringkat
pengurusan) melalui aktivtiti-aktiviti galakan membaca di sekolah (praktikal).
Program ini dijalankan secara berterusan sepanjang tahun sehingga murid-murid
tamat persekolahan. Bagi tujuan ini, pendekatan paksaan yang digunapakai bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaannya.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun
Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu di Sekolah Menengah dan Peralihan
Menengah secara rasminya pada tahun 1999. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 13/1998 bertarikh 12 Mei 1998; Pelaksanaan Program Nilam yang mewajibkan
semua sekolah di Malaysia menjalankan Program Nilam. Langkah pemantapan budaya
membaca dalam kalangan murid sekolah juga diperkukuhkan lagi melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya
Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah.
MISI
Menjadikan amalan
membaca sebagai budaya hidup
VISI
1.
Meningkatkan minat membaca yang berterusan
2.
Memperbanyakkan bahan yang sesuai dengan tahap
perkembangan murid
3.
Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak
membaca, berketrampilan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan
4.
Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembacaan
yang berkualiti
5.
Mewujudkan persekitaran kondusif dan sudut bacaan yang
sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah
6.
Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi
pendidikan, kerajaan dan pertubuhan sukarela
MASA PELAKSANAAN
1.
Peruntukan
satu/ dua waktu dalam Jadual Penggunaan Perpustakaan Program Nilam
2.
Sebelum
waktu perhimpunan
3.
5
minit pada awal waktu pengajaran
4.
Waktu
senggang seperti waktu rehat di sekolah dan masa lapang di rumah
BAHAN
BACAAN
Bahan
bacaan terdiri daripada buku-buku fiksyen, bukan fiksyen dan karya besar,
manakala jurnal, akhbar, majalah, bahan internet dan risalah diterima sebagai
bahan bacaan tambahan.
SUMBER
BACAAN
1.
Perpustakaan/
Pusat Sumber Sekolah
2.
Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri
4.
Perpustakaan
Bergerak
5.
Perpustakaan
Desa
6.
Perpustakaan
Masjid
7.
Perpustakaan
FELDA/ KEMAS
8.
Perpustakaan
persendirian
9.
Bahan
daripada rakan
10.
Bahan
koleksi sendiri
11.
Kedai
buku
TAHAP PENCAPAIAN NILAM
1. Tahap
Jauhari
Tahap
pertama ini bertujuan membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu
tabiat. Semua murid kecuali murid pemulihan diwajibkan mengikuti aktiviti
pembacaan tahap ini.
Pencapaian
murid dinilai berdasarkan jumlah buku yang telah dibaca;
GANJARAN
|
BILANGAN
BACAAN
|
Gangsa
|
90
hingga 179
|
Perak
|
180
hingga 269
|
Emas
|
270
hingga 359
|
Nilam
|
360 ke
atas
|
2. Tahap
Rakan Pembaca
Murid yang telah membaca sejumlah 100 buah buku layak memasuki Tahap Rakan Pembaca. Peringkat ini menekankan kebolehan murid tersebut membimbing dan menarik minat orang lain untuk minat membaca.
Bagi tahap ini, murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti Rakan
Pembaca seperti meminjamkan buku, bercerita, membaca bersama, ulasan buku
dan lakonan bersama
rakan, ahli keluarga dan jiran.
Setiap aktiviti diberi markah berdasarkan Jadual Sistem Ganjaran RP;
AKTIVITI
|
MARKAH
|
Meminjamkan buku
|
1 sesi X
jumlah peminjam
(1
markah)
|
Bercerita
|
1 sesi X
jumlah pendengar
(maksimum
5 markah)
|
Membaca bersama
|
1 sesi X
jumlah pembaca
(maksimum
5 markah)
|
Ulasan/ bicara
buku
|
1 sesi X
jumlah pendengar
(maksimum
5 markah)
|
Syarahan/ pidato
|
1 sesi X
jumlah pendengar
(maksimum
5 markah)
|
Forum
|
1 sesi X
jumlah pendengar
(maksimum
5 markah)
|
Berpuisi
|
1 sesi X
jumlah pendengar
(maksimum
5 markah)
|
Lakonan/ skesta
|
1 sesi X
jumlah penonton
(maksimum
5 markah)
|
Melukis/ aktiviti seni
|
1 sesi X
jumlah penonton
(maksimum
5 markah)
|
Buku skrap
|
1 sesi X
jumlah penonton
(maksimum
5 markah)
|
Pencapaian
murid dinilai berdasarkan jumlah markah bagi setiap aktiviti yang dijalankan;
GANJARAN
|
MARKAH
|
Gangsa
|
100 hingga 199
|
Perak
|
200 hingga 299
|
Emas
|
300 hingga 399
|
Nilam
|
400 ke atas
|