Monday, 20 March 2017

THE IMPORTANT OF BOOKS IN OUR LIFE

Reading Quotes That We Need To Remember




APA ITU MORNING READING SRA BATANG TIGA TIMUR





MORNING READING
Bagi menjayakan Program NILAM sekolah, Morning Reading diwajibkan untuk diikuti oleh semua murid SR Arab JAIM Batang Tiga Tmur. Ia bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid, di samping mereka dapat memanfaatkan masa terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah. 




Program ini diadakan pada setap hari Selasa, Rabu dan Khamis seawal 7.00 pagi iaitu sebelum perhimpunan pagi bermula bertempat di Dewan Tn. Hj. Ismail Bidin.
Menerusi program ini, murid-murid boleh membaca bahan bacaan yang dibekalkan oleh PSS menerusi penggunaan Bakul Ilmu berupa buku, majalah atau surat khabar. Murid-murid juga digalakkan membawa Buku Rekod NILAM untuk mencatat butiran bacaan mereka.




PROGRAM PELANCARAN NILAM & VLE 2017


Majlis Pelancaran Program NILAM dan VLE Tahun 2017 SR Arab JAIM Batang Tiga Timur merupakan kombinasi dua program iaitu Program NILAM dan VLE. Ia melibatkan kerjasama antara Unit NILAM dan Unit ICT SR Arab JAIM Batang Tiga Timur dengan Tim Jelajah Sekolah dan BTPN Melaka. Program ini bertujuan untuk menggerakkan pelaksanaan Program NILAM dan meningkatkan pengunaan VLE di sekolah.


Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka, En. Ahmad Nizam bin Mohamed. Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang pelaksanaan NILAM Ditambah Baik dan berharap agar semua guru dapat mengoptimumkan penggunaan VLE dalam PdP. Beliau juga menyeru agar semua pihak dapat memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan Program NILAM dan VLE di sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh perasmi dan diikuti dengan dua gimik pelancaran iaitu sumbangan buku daripada Tim Jelajah Sekolah dan penyerahan replika ID VLE oleh maskot kepada Guru Besar. Program ini berakhir pada pukul 12.30 tengah  hari dengan  nyanyian Lagu NILAM oleh para hadirin. Pameran dan Jualan Buku diadakan sebaik sahaja majlis bersurai di mana murid berpeluang untuk mendapatkan bahan bacaan terbaru yang diedarkan oleh syarikat penerbitan buku tersebut. Pameran VLE turut berlangsung di mana murid berpeluang menggunakan chrome book dan mengetahui lebih lanjut mengenai program kementerian itu.





TAKLIMAT NILAM 2017

TAKLIMAT NILAM
            Dalam membugar dan menggerakkan pelaksanaan Program NILAM sepanjang tahun, suatu taklimat ringkas tentang pelaksanaan NILAM telah diadakan kepada semua guru dan murid. Taklimat ini diadakan pada 16 Januari 2017 sewaktu perhimpunan rasmi bertempat di Dewan Tn. Hj. Ismail Bidin. Penerangan ini telah disampaikan oleh Penyelaras NILAM SR Arab JAIM Batang Tiga Timur, iaitu Cik Nur Marsila binti Alias.

            Dalam penerangannya, beliau menyentuh beberapa makluman umum tentang NILAM merangkumi bahan bacaan, sumber buku, penggunaan Buku Rekod NILAM, cadangan masa pelaksanaan, pencapaian dan perancangan aktiviti tahunan. Beliau juga mengumumkan beberapa pertandingan yang akan dilaksanakan bagi menghidupkan Program NILAM iaitu Anugerah Pembaca Terbanyak mengikut kelas, Sudut Bacaan Terbaik dan Papan Kenyataan Panitia Terbaik. Di akhir ucapannya, beliau berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan Program NILAM Sekolah. dan turut menyeru semua murid agar banyak membaca memandangkan banyak faedah yang boleh diperoleh menerusinya.



PEMBERIAN LENCANA NILAM 2016

Pemberian Lencana Nilam merupakan salah satu anugerah yang dijalankan oleh pihak NILAM SEKOLAH dalam meningkatkan pembudayaan dalam bacaan.  Pemberian lencana ini adalah sebagai tanda penghargaan pihak sekolah terhadap kerajinan dan ketekunan murid dalam memperkasakan Program NILAM.





Wednesday, 8 March 2017

MAJLIS ANUGERAH NILAM TAHUN 2016

MAJLIS ANUGERAH NILAM TAHUN 2016

Majlis Anugerah NILAM telah diadakan pada 24 November 2016 bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan Tn. Hj. Ismail Bidin sempena Hari Kualiti dan Graduasi Prasekolah SR Arab JAIM Batang Tiga Timur. Ia bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf murid yang telah mencapai tahap tertinggi dalam Program NILAM Sekolah. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Naib Pengerusi PIBG SR Arab JAIM Batang Tiga Timur, En. Mustafa bin Baboo.

            Seramai 24 orang murid telah menerima anugerah ini. Pemilihan dibuat berdasarkan jumlah bacaan/ markah terkumpul murid, di samping ketokohan dan kecenderungan murid membaca. Berikut adalah senarai penerima tersebut;

Anugerah Tokoh NILAM SR Arab JAIM Batang Tiga Timur 2015/2016
BIL
NAMA
KELAS
1
Zulaikha Azzahra binti Mohd Zaki
6 Abu Bakar
2
Hanani Amni binti Muhammad Adli Muhtadi
6 Abu Bakar
3
Muhammad Hafizuddin bin Mohd Wanzi
6 Abu Bakar
4
Nur Wardah Syazwani binti Norhafizan
6 Abu Bakar
5
Siti Aishah binti Ahmad Zahid
6 Abu Bakar

Anugerah Tokoh NILAM SR Arab JAIM Batang Tiga Timur 2016
BIL
NAMA
KELAS
1
Muhammad Aiman bin Ismail
5 Abu Bakar

Pembaca Terbanyak NILAM Tahap 1
BIL
NAMA
KELAS
1
Sarah Khalilah binti Mohd Fadhil
1 Abu Bakar
2
Fauzan bin Ikhwan Murni
1 Omar
3
Mahmud Nakhaie bin Abdul Qahhar
1 Osman
4
Najwa Aliah binti Jasri
2 Abu Bakar
5
Nurul Iman Aleeya binti Mohd Kassim
2 Omar
6
Batrisyia Balqis binti Kadeir
3 Abu Bakar
7
Nur Nabilah binti Ishak
3 Omar
8
Muhammad Naqib Solihin bin Nazri
3 Osman

Pembaca Terbanyak NILAM Tahap 2
BIL
NAMA
KELAS
1
Nuril Hanan binti Zaidi
4 Abu Bakar
2
Nur ‘Khairunnisa binti Nazri
4 Abu Bakar
3
Aisyah Adlina binti Ngadnan
4 Abu Bakar
4
Azwa Fatrisya binti Azman
4 Abu Bakar
5
Nur Adriana Iman binti Mohd Harman
4 Omar
6
Abdul Qadir bin Kassim
5 Abu Bakar
7
Nur Hazirah binti Mohd Shah
5 Omar
8
Fathi bin Ikhwan Murni
6 Abu Bakar
9
Noor Suzianah binti Zainal Abidin
6 Omar
10
Nurathirah binti Muhammad Nasir
6 Osman

Kesemua murid tersebut telah menerima plak dan cenderahati daripada PSS SR Arab JAIM Batang Tiga Timur. Murid Tahun 6 yang telah mencapai sekurang-kurangnya Tahap Gangsa dalam Tahap Jauhari pula diberikan sijil pengiktirafan NILAM.










ANUGERAH NILAM GURU 2016

Anugerah Nilam Guru merupakan anugerah yang disediakan untuk menghargai guru yang melaksanakan NILAM dengan baik.   Pelaksanaan NILAM ini termasuklah penggunaan Perpustakaan Sekolah dengan kerap untuk melaksanakan sesi PDPC.  Selain itu, menggunakan bahan di dalam Perpustakaan Sekolah dalam melaksanakan PDPC bersama-sama murid semasa berada di dalam kelas.  Diharapkan Anugerah Nilam Guru ini memberi suntikan semangat dalam meningkatkan penggunaan Perpustakaan Sekolah dan bahan-bahan semasa sesi PDPC dilaksanakan.


RAKAN PEMBACA DI KONTI RADIO

Rakan Pembaca di Konti Radio







PROGRAM PDP BERSAMA BUKU


                 Program PdP Bersama Buku ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah bacaan terkumpul murid semasa mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijalankan. Menerusi program ini, guru-guru subjek yang terlibat akan memperuntukkan satu waktu seminggu selama 30 minit untuk membaca di dalam kelas atau membawa murid-murid ke PSS.
            Bahan bacaan boleh terdiri daripada sebarang teks, artikel, buku dan majalah. Guru-guru yang bertanggungjawab akan memastikan semua murid membaca dan mencatat butiran buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM sebelum disahkan. Jadual Penggunaan Perpustakaan disediakan bagi memudahkan urusan penggunaan perpustakaan bagi melaksanakan aktiviti tersebut.

JADUAL PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

                   HARI
MASA
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
7.40-8.10
P

5A
BM
5B
BM
1B
BM
8.10-8.40
2B
BI

4A
BI
5C
BM
6C
BI
8.40-9.10

2A
BI



9.10-9.40
1A
BI
4B
BM

2C
BM

9.40-10.10





10.10-10.30


1B
BI


10.30-11.00
4B
BI



2C
BI
11.00-11.30
3A
BM
5A
BI

5B
BI
6B
BM
11.30-12.00
6C
BM

4A
BM
2B
BM

12.00-12.30
2A
BM
3A
BI

5C
BI

12.30-1.00

3B
BI
6A
BI


1.00-1.30
1A
BM
Text Box: HARI
6B
BI
3B
BM

1.30-2.00
3B
BI
6A
BM