Sunday, 17 September 2017

TAKLIMAT PROGRAM NILAM TAMBAH BAIK 2017

TAKLIMAT PROGRAM NILAM TAMBAH BAIK 2017

Taklimat Pelaksaanaan Program NILAM Tambah Baik telah disampaikan oleh Penyelaras NILAM, SR Arab JAIM Batang Tiga Timur, iaitu Cik Nur Marsila Alias. Program yang telah dijalankan di Dewan Tn. Hj. Ismail Bidin selama 30 minit ini telah diberikan kepada semua murid dan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia menyentuh tentang beberapa aspek penting;
·         Matlamat
·         Objektif
·         Perbandingan NILAM Tambah Baik dengan NILAM Sedia Ada
·         Jenis bahan bacaan
§  Bahan buku
§  Bahan bukan buku
·         Cara pelaksanaan aktiviti membaca
·         Cadangan masa pelaksanaan
·         Pengiktirafan NILAM
·         Mata ganjaran bahan bacaan
·         Cara perekodan
·         Jenis aktiviti pengayaan
·         Peranan guru, ibu bapa, sekolah, PIBG/ komuniti

Secara keseluruhannya, taklimat ini telah berjalan lancar mengikut perancangan. Murid-murid dan guru yang hadir dapat mengetahui dan memahami perjalanan Program NILAM Tambah Baik.




Wednesday, 14 June 2017

ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK MAC 2017 PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Anugerah Pembaca Terbanyak Mac 2017 telah diadakan di Dewan Tn. Hj Ismail Bidin.  Ia bertujuan untuk mengiktiraf murid yang banyak membaca di peringkat sekolah.  Pemilihan pemenang dikira berdasarkan jumlah bacaan terkumpul pada bulan tersebut.  Cenderahati telah disampaikan oleh Guru Besar SRA JAIM Batang Tiga Timur, Pn Faizah bt Hj Ab Karim.  

Berikut adalah senarai pembaca terbanyak murid bagi bulan Mac 2017:
  

PEMBANYAK TERBANYAK BULANAN MAC 2017
BIL
KELAS
NAMA
1
2 ABU BAKAR
NUR WARDAH BINTI ADNAN
2
2 OMAR
PUTRI AISHAH BINTI ABDULLAH
3
2 OSMAN
SITI NUR QASSEH BINTI YUSLAN
4
3 ABU BAKAR
MARYAM AUFA BIN MOHD FU’AD
5
3 OMAR
MUHAMMAD HAFIZ ZUHAIR BIN HASBOLLAH
6
4 ABU BAKAR
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN MOHD ZAKI
7
4 OMAR
NUR FATIHAH AQILAH BINTI MOHD ASHRAF
8
4 OSMAN
NUR FARAH AATHIRAH BINTI ABD RAHMAN
9
5 ABU BAKAR
NURIL HANAN BINTI ZAIDI
AZWA FATRISYA BINITI AZMAN
10
5 OMAR
ADIEL SYAHIRAN BIN AHMAD
11
6 ABU BAKAR
SALEHUDDIN BIN MOHD ASHRAF
12
6 OMAR
NUR NADHIRAH BINTI ZAIDI

PEMBACA TERBANYAK GURU
BIL
NAMA
1
PN. HAMIDAH ALIAS
2
PN. HAMIDAH ABD WAHAB
3
CIK ASMAH SININ









ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK JANUARI 2017 PERINGKAT SEKOLAH

LAPORAN ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK JANUARI 2017

Majlis Anugerah Pembaca Terbanyak Januari 2017 ini telah dijalankan di Dewan Tn. Hj. Ismail Bidin. Ia bertujuan untuk mengiktiraf murid yang banyak membaca di peringkat sekolah. Pemilihan pemenang dikira berdasarkan jumlah bacaan terkumpul pada bulan tersebut. Cenderahati telah disampaikan oleh Guru Besar SR Arab JAIM Batang Tiga Timur, Pn. Faizah Hj. Abd. Karim. Berikut adalah senarai pembaca terbanyak murid.


PEMBACA TERBANYAK JANUARI 2017
BIL
KELAS
NAMA
1
2 ABU BAKAR
FATIMAH AZ ZAHRA BINTI ZAIDI
2
2 OMAR
MAHMUD NAKHAIE BIN ABDUK QAHHAR
3
2 OSMAN
AHMAD ASYRAF BIN ABDULLAH
4
3 ABU BAKAR
NURWAHIDAH SAFIAH BINTI NORHAFIZAN
5
3 OMAR
NUR BATRISYIA LIYANA BINTI KAMARUZZAMAN
6
4 ABU BAKAR
HUDA INSYIRAH BINTI MUHAMMAD ADLI MUHTADI
7
4 OMAR
NUR ALYA BATRISYAH BINTI NURUL RAMADHAN
8
4 OSMAN
MUHAMMAD ARSHYAD BIN MOHD AZMI
9
5 ABU BAKAR
NURIL HANAN BINTI ZAIDI
10
5 OMAR
MUHAMMAD AZRY BIN ANUAR
11
6 ABU BAKAR
ANIS ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM
12
6 OMAR
NUR HAZIRAH BINTI MOHD SHAH







Diharapkan dengan adanya pengiktirafan seperti ini ia dapat membantu meningkatkan semangat murid-murid Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur untuk terus berminat dalam Membaca

Monday, 8 May 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2017

Pihak sekolah melalui laman NILAM mengucapkan selamat menyambut hari WESAK kepada semua kaum yang menganut agama Budha di Malaysia dan dunia.


Monday, 20 March 2017

THE IMPORTANT OF BOOKS IN OUR LIFE

Reading Quotes That We Need To Remember




APA ITU MORNING READING SRA BATANG TIGA TIMUR





MORNING READING
Bagi menjayakan Program NILAM sekolah, Morning Reading diwajibkan untuk diikuti oleh semua murid SR Arab JAIM Batang Tiga Tmur. Ia bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid, di samping mereka dapat memanfaatkan masa terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah. 




Program ini diadakan pada setap hari Selasa, Rabu dan Khamis seawal 7.00 pagi iaitu sebelum perhimpunan pagi bermula bertempat di Dewan Tn. Hj. Ismail Bidin.
Menerusi program ini, murid-murid boleh membaca bahan bacaan yang dibekalkan oleh PSS menerusi penggunaan Bakul Ilmu berupa buku, majalah atau surat khabar. Murid-murid juga digalakkan membawa Buku Rekod NILAM untuk mencatat butiran bacaan mereka.




PROGRAM PELANCARAN NILAM & VLE 2017


Majlis Pelancaran Program NILAM dan VLE Tahun 2017 SR Arab JAIM Batang Tiga Timur merupakan kombinasi dua program iaitu Program NILAM dan VLE. Ia melibatkan kerjasama antara Unit NILAM dan Unit ICT SR Arab JAIM Batang Tiga Timur dengan Tim Jelajah Sekolah dan BTPN Melaka. Program ini bertujuan untuk menggerakkan pelaksanaan Program NILAM dan meningkatkan pengunaan VLE di sekolah.


Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka, En. Ahmad Nizam bin Mohamed. Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang pelaksanaan NILAM Ditambah Baik dan berharap agar semua guru dapat mengoptimumkan penggunaan VLE dalam PdP. Beliau juga menyeru agar semua pihak dapat memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan Program NILAM dan VLE di sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh perasmi dan diikuti dengan dua gimik pelancaran iaitu sumbangan buku daripada Tim Jelajah Sekolah dan penyerahan replika ID VLE oleh maskot kepada Guru Besar. Program ini berakhir pada pukul 12.30 tengah  hari dengan  nyanyian Lagu NILAM oleh para hadirin. Pameran dan Jualan Buku diadakan sebaik sahaja majlis bersurai di mana murid berpeluang untuk mendapatkan bahan bacaan terbaru yang diedarkan oleh syarikat penerbitan buku tersebut. Pameran VLE turut berlangsung di mana murid berpeluang menggunakan chrome book dan mengetahui lebih lanjut mengenai program kementerian itu.





TAKLIMAT NILAM 2017

TAKLIMAT NILAM
            Dalam membugar dan menggerakkan pelaksanaan Program NILAM sepanjang tahun, suatu taklimat ringkas tentang pelaksanaan NILAM telah diadakan kepada semua guru dan murid. Taklimat ini diadakan pada 16 Januari 2017 sewaktu perhimpunan rasmi bertempat di Dewan Tn. Hj. Ismail Bidin. Penerangan ini telah disampaikan oleh Penyelaras NILAM SR Arab JAIM Batang Tiga Timur, iaitu Cik Nur Marsila binti Alias.

            Dalam penerangannya, beliau menyentuh beberapa makluman umum tentang NILAM merangkumi bahan bacaan, sumber buku, penggunaan Buku Rekod NILAM, cadangan masa pelaksanaan, pencapaian dan perancangan aktiviti tahunan. Beliau juga mengumumkan beberapa pertandingan yang akan dilaksanakan bagi menghidupkan Program NILAM iaitu Anugerah Pembaca Terbanyak mengikut kelas, Sudut Bacaan Terbaik dan Papan Kenyataan Panitia Terbaik. Di akhir ucapannya, beliau berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan Program NILAM Sekolah. dan turut menyeru semua murid agar banyak membaca memandangkan banyak faedah yang boleh diperoleh menerusinya.